Monday 8 October 2012

Langkah Berduri

Meniti hari,
Entahkan esok,
lusa ataukah hari ini,
Kaki ini kan melangkah pergi..
Sedang sesak didada,
masih terasa..
Semakin menghimpit,
mengganggu helaan nafas..

Bagai mendaki langit,
mencari sejuta bintang
namun yang ada hanya angin
menghembus,
namun tekanannya semakin kurang,
Sedikit tegang namun masih mampu
untuk melangkah lagi..

Sudah lama,
hati ini tidak bertasbih
hanya melalui jalan-jalan liku
penuh kekosongan,
tanpa tafakur,
disebalik duri-duri yang bertaburan..

Mungkin ada ketenangan,
disebalik tusukan tajamnya,
namun getar hati tewas ini,
tidak mampu melangkau,
kerana hakikatnya,
tiada kerdipan cahaya lagi,
mengisi relung jiwa ni,
kerana dosa telah mencengkam jiwa..


No comments:

Post a Comment