Wednesday 7 October 2015

Pelakon Terbaik

Kau hebat,
Gerak gayamu mempersona,
baik,
semua mata memandang,
sungguh, 
kau bijak bercerita,
mempamer kisah indah,
hampir-hampir terbuai
lena mendengarnya..

Hebatnya engkau,
sentiasa disanjung,
dipuji dan dipuja,
reka ceritamu,
hampir tak sedar,
lakonan terhebat.

Adakah engkau hebat,
kau rasa engkau hebat,
dunia dan seisinya ,
dapat kau tawani,
semua mata terpaku memandangmu,
dan pasti tak kelihatan tipudayamu.

Pelakon terbaik,
Kau guna lidahmu,
lembut lantunannya,
menyampaikan agama,
mengajak semua pada Allah,
mengajak insan pada agama,
yang hakikatnya,
rahsia dirimu tak diketahui..

Wahai diri,
agama yang ada,
pada dirimu itu,
bukan untuk memancing 
para pencinta agama,
bukan untuk mengaburi mata-mata,
bukan untuk meraih dunia,
tapi amanah berat,
yang akan ditanya..

Wanita memandang,
menangis penuh cinta,
menunggu penuh setia,
bak menghiris jejari,
oh, betapa indahnya,
andai kau kumiliki,
hakikatnya,
tiada siapa tahu,
kau adalah pelakon terbaik,
saat ini.


Tuesday 6 October 2015

Selangkah kehadapan

Kakiku melangkah lagi,
berjalan lemah menuju sinar mentari,
diikutkan,
dayaku tiada ,
lelah dek seribu ranjau semalam.
Namun,
duri-duri itu terpaksa kutelan,
biar bisanya masih terasa,
kupadam lukisan semalam,
biarpun goresannya masih berbekas,
kupejam mata,
biarpun tangis ini masih basah,
kerana,
tanah itu masih merah,
tanda matinya sebuah kenangan.