Aku kembali mencari hikmah.
Apa ertinya aku berdiri di sini.
Apakah dua langkah ini,
jejakku akan membawa diri ini
terus ke syurga
atau ke lubang neraka.
Sungguh,
aku tak mampu menjelaskan.
Segunung dosa
yang kupikul selama ini
belum pasti dapat dihapus lagi,
dan mungkin kerananya
aku kan diheret ke neraka Tuhan.
Syurga itu pasti,
namun aku masih belum jelas,
apakah secangkir amalan ku
dapat untuk aku
menghirup aroma jannah.
Kerana hakikatnya
aroma harumnya itu
dapat dicium jauh
sebelum sampai kepadanya.
Tuhanku, pandanglah aku.
Aku rindu BisikanMu
menghiasi taman hatiku.
Aku rindu padaMu.
Izinkanlah aku dapat
bersamaMu di sana nanti.
Bersama para kekasihMu.